Saturday, March 16, 2013

RESEPI KAMBING PANGGANG MARINATE GUNA PEMANGGANG SERBAGUNA

Dari thn lepas lg org duk kemaruk pemanggang ajaib @ pemanggang serbaguna...tp sy br nk cuba guna pemanggang serbaguna tu...jarang sy guna sbb x tau nk masak apa...yg slalu sy masak..ikan bakar, ayam bakar, goreng nuget & kentang, msk ayam black papper & puding roti...smua masakan tu lupa la plk nk share...kali ni sy rs nk try msk yg kena marinate....google2...jumpa la resepi ni Kambing Panggang Marinate yg sy copy paste dr blog http://kellazule.blogspot.com (credit utk KELLA)...



Kambing Panggang Marinate
4 keping daging lamb

Bahan rempah perap

5 ulas bawang putih * 1sudu kecil serbuk halia - yang ini aku tambah sendiri 1 sudu besar lada hitam 1 sudu makan daun rosemary kering 1/2 sudu makan jintan kasar ( tak bubuh sebab tak jumpa hari tu! ;p) 2 sudu besar sos tiram 1 sudu makan kicap manis 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 2 sudu besar jus limau 2 – 3 sudu besar minyak zaitun
Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering (yang ni aku x tumbuk), garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun 
 ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk. ( untuk makluman, aku tak sempat nak perap semalaman, cuma perap seketika sahaja )
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…


ini la gambar sy copy dr blog Kella...nnt nk buat blh la tgk gambar ni...klu sapa2 nk buat boleh guna apa2 jenama pemanggang serbaguna. Sama sj cara penggunaannya... Jika ada sesiapa yg belum ada pemanggang serbaguna & nk beli boleh KLIK disini.... Sy pasti boleh menolong anda semua....

4 comments: